Tempoyak siput sedut
Hai semua.. okey hari ini saya hendak kongsi resepi tempoyak siput sedut.Gambar tidak tapi saya akan berkongsi bahan-bahan dan cara-cara hendak membuatnya sahaja. Di restoran tempoyak siput sedut ini dijual dengan harga RM13.00 . Ini kerana pada hari biasa buah durian susah untuk diperolehi. Baiklah selamat mencuba..
Bahan-bahan ( 5 orang makan )
- 1 kg siput sedut/belitong (potong
bontot/belakang)
- sedikit daun cekur (kalau suka)
- 6 sudu besar tempoyak (taruh lebih
pon ok gak)
- cili padi
- kunyit hidup (besar ibu jari)
- 1 helai daun kunyit
- 4 ulas bawang merah
- 2 batang serai
- 1 cawan pati santan
Cara-cara
-
Potong sedikit bahagian tirus siput sedut dan bersihkan siput dengan pelepah pisang atau hampas kelapa.
-
Blender bawang merah, cili padi dan kunyit hidup (
kalau kunyit serbuk kurang sedap dan kaler tak berapa cantik)
-
Tumis bahan blender, tempoyak dan serai hingga naik bau.
-
Masukkan santan dan siput (kalau terlalu pekat tambah air)
-
kacau selalu kuah supaya tidak hangit (siput akan masak dalam jangkamasa pendek)
-
6. Masukkan daun kunyit dan daun cekur apabila kuah hampir mendidih.
-
Ubahsuai bahan mengikut kesukaan masing-masing cth kalau suka pedas, tambah cili padi
-
Kuahnya mesti agak pekat baru sedap bila siput disedut.
-
Hati-hati kalau terlalu pedas, nanti tersedak bila siput disedut.
No comments:
Post a Comment