Pages

Wednesday, 16 January 2013

Masak Lemak Batang Keladi Siput Sedut



Masak Lemak Batang Keladi Siput Sedut
RM10.50

Bahan-bahan ( sekeluarga )

  • 2 bungkus siput sedut( potong belakangnya dan basuh bersih2)
  • 2 bungkus batang keladi (celur sebentar sehingga sedikit empuk ..buang airnya)
  • 21 biji lada cili
  • 1 1/2 inci kunyit hidup
  • 5 biji bawang merah kecil
  • sedikit ikan bilis
  • 1/2 inci belacan
  • 3 helai daun kunyit
  • 2 biji kelapa(ambil santannya)
  • 2 keping asam gelugor
  • garam dan ajinomoto

Cara-cara

  1. Tumbuk lada,kunyit,garam,ikan bilis,belacan sehingga lumat
  2. masukkan siput dan batang keladi kedalam periuk..masukkan pula bahan2 yg telah di tumbuk lumat tadi
  3. kemudian masukkan santan yg telah diperah dari 2 biji kelapa..hidupkan api
  4. sentiasa kacau sehingga mendidih..setelah mendidih..masukkan ajinomoto,asam gelugor dan daun kunyit..biarkan seketika...
  5. setelah cukup masak ...bolehlah dihidangkan selamat mencuba

Sunday, 13 January 2013

Siput Sedut Creamy

Siput Sedut Creamy
RM9.50

  Bahan-bahan ( 1 kg siput sedut )

  • 1 kg siput sedut
  • 1 biji bawang besar dihiris
  • 2 sudu makan oat segera
  • 2 biji telur ayam (dipukul)
  • 2 sudu makan kacang soya masin (atau ikut suka)
  • 6 ulas bawang putih
  • daun bawang untuk hiasan
  • 500 ml air

Cara-cara

  1. bawang putih ditumbuk kasar dan ditumis sehingga naik bau
  2. masukkan air dan oat sehingga agak pekat
  3. masukkan siput dan biar mendidih, api biar kecil supaya tidak hangus, kacau dengan kerap
  4. masukkan bawang besar, kacang soya masin, kacau seketika dan tutupkan api. masukkan telur dan kacau
  5. taburkan daun bawang yang dihiris

Kari Siput Sedut dengan Nenas

Kari Siput Sedut dengan Nenas
     RM9.95

 

Bahan-bahan ( 5 orang )

  • 500g siput sedut
  • 6 biji bawang merah( 3 biji tumbuk & 3 biji dimayang halus)
  • 1 paket kecil (26g) rempah adabi (nama rempah tu kari udang, ketam & ikan kering)
  • 1 biji nenas
  • 500 ml santan
  • garam secukup rasa

Cara-cara

  1. 3 biji bawang merah yang ditumbuk campurkan bersama 1 paket rempah jadikan pes.
  2. Panaskan minyak, tumis bawang merah yang dimayang halus sehingga naik bau.
  3. Masukkan pes rempah. Goreng sehingga rempah tu masak (naik minyak.)
  4. Kemudian masukkan siput, gaul rata. Biarkan seketika supaya rempah masuk kedalam siput.
  5. Masukkan santan kemudian masukkan pula nenas biarkan mendidih.
  6. Jangan lupa masukkan garam, kalau suka bahan perasa masukkan ler. Dah masak sedia dimakan dengan nasi

Saturday, 12 January 2013

Tempoyak siput sedut

Hai semua.. okey hari ini saya hendak kongsi resepi tempoyak siput sedut.Gambar tidak tapi saya akan berkongsi bahan-bahan dan cara-cara hendak membuatnya sahaja. Di restoran tempoyak siput sedut ini dijual dengan harga RM13.00 . Ini kerana pada hari biasa buah durian susah untuk diperolehi. Baiklah selamat mencuba..

Bahan-bahan ( 5 orang makan )

  • 1 kg siput sedut/belitong (potong bontot/belakang)
  • sedikit daun cekur (kalau suka)
  • 6 sudu besar tempoyak (taruh lebih pon ok gak)
  • cili padi
  • kunyit hidup (besar ibu jari)
  • 1 helai daun kunyit
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 batang serai
  • 1 cawan pati santan

Cara-cara

  1. Potong sedikit bahagian tirus siput sedut dan bersihkan siput dengan pelepah pisang atau hampas kelapa.
  2. Blender bawang merah, cili padi dan kunyit hidup ( kalau kunyit serbuk kurang sedap dan kaler tak berapa cantik)
  3. Tumis bahan blender, tempoyak dan serai hingga naik bau.
  4. Masukkan santan dan siput (kalau terlalu pekat tambah air)
  5. kacau selalu kuah supaya tidak hangit (siput akan masak dalam jangkamasa pendek)
  6. 6. Masukkan daun kunyit dan daun cekur apabila kuah hampir mendidih.
  7. Ubahsuai bahan mengikut kesukaan masing-masing cth kalau suka pedas, tambah cili padi
  8. Kuahnya mesti agak pekat baru sedap bila siput disedut.
  9. Hati-hati kalau terlalu pedas, nanti tersedak bila siput disedut.

Siput Sedut Gulai

Gulai Siput Sedut
RM10.90

Siput sedut di masak gulai..sedap juga cuba lah. kalau sudah cuba baru tahu rase ye macam mana..

Bahan-bahan ( 5 orang )

  • 1 kilo siput sedut
  • 10 batang cili padi
  • 2 inci kunyit hidup
  • 3 biji bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 mangkuk santan pekat(dari 1 biji kelapa)
  • garam dan perasa
  • 3 keping asam keping
  • sedikit daun kencur(hiris halus-ni optional yer tak letak pun okay)

Cara-cara

  1. Bersihkan siput dengan hampas kelapa hingga bersih,perahkan air limau kasturi bagi menghilangkan hanyir siput
  2. Blend cili api,bawang merah,bawang putih dan kunyit dengan sedikit santan.
  3. Masukkan kedalam periuk bahan yang telah diblend tadi.
  4. Masakkan bahan ini sebentar dan masukkan sekali asam keping dan siput.
  5. Kacau sebentar dan masukkan santan.kacau lagi.
  6. Perasakan dengan garam dan perasa.pastikan santan tidak pecah dengan mengacau kuah siput ini sentiasa dengan api yg perlahan
  7. Bila telah mendidih ,masukkan daun kencur tadi.kacau sebentar.matikan api.siap untuk dihidang

Siput Sedut Daun Kari

Siput Sedut Daun Kari 
RM14.50

Ini adalah resepi untuk siput sedut daun kari. Sedap juga kalau tidak percaya cuba anda semua cuba .. dibawah ada saya kongsikan bahan dan cara untuk membuatnya. Selamat Mencuba yer..gud luck semua..

Bahan-bahan ( 6-8 orang )

  • 1 kilo siput sedut - cuci dan bersihkan
  • 1 mangkuk lauk cili kering - dikisar (lebih atau kurang ikut selera)
  • 10 ulas bawang putih - dicincang atau ditumbuk
  • 1 mangkuk lauk daun kari
  • 1 sb serbuk rempah kari ikan
  • 4 sb sos cili
  • 4 sb sos tomato
  • 3-4 sb sos toram
  • sedikit kicap cair
  • gula secukup rasa
  • sedikit air
  • minyak masak untuk menumis

cara-cara

  1. Siput_sedut_daun_kari_bahan2


    Sediakan bahan2 untuk menumis.
  2. Siput_sedut_dun_kari_d_tumis


    Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bawang putih hingga kekuningan dan masukkan cili kisar dan masak hingga garing.Masukkan rempah kari ikan,sedikit air dan daun kari dan kacau rata.Masukkan pula sos2,sedikit gula jika perlu dan kacau sebati dan masak mendidih.
  3. Siput_sedut_daun_kari_d_campur


    Masukkan siput sedut dan gaul rata dan sebati.
  4. Siput_sedut_daun_kari_d_sebati


    Masak di atas api perlahan hingga siput benar2 masak.
  5. Siput_sedut_daun_kari_d_saji


    Siap untuk dihidangkan bersama nasi putih.

Siput Sedut Goreng Chilies


Siput Sedut Goreng Chilies
RM15.50

 Lastly I get recipe Siput sedut goreng chilies..This recipe i get from my father ..

Ingredients:-

600g siput sedut(inhalant siphonal canal)
2 tbsp minced onion
1 tsp minced ginger
1 tsp minced garlics
4 tbsp chili paste
1 lemon grass crushed
salt and msg to taste

Method:-
Clean and snip off the back of the siput using a plier. Washed with lime or soaked in water with 1-2 dried tamarind slice for a while.
Heat oil and stir fry all the ingredients except for the siput till fragrant. Add in salt and msg to taste. Add in the siput and stir well. Cover with lid and let it cook for a while. When ready dish out and serve.

Thursday, 10 January 2013

Masak Lemak Pucuk Paku Siput Sedut

This is an awesome "kampung" dish. I called this dish 2 in 1, we normally cooked these separately but this recipe add up both. Very delicious,and palatable.In our restaurant it only RM14.50.


INGREDIENTS
1/2 kg siput sedut wash and boiled / 1/2 kg siput sedut basuh dan rebus
1 group pucuk paku - blanch/ 1 ikat pucuk paku dicelur dahulu
1 turmeric leaf/ 1 helai daun kunyit
2 cups thick coconut milk/ 2 cawan santan pekat
2 cups thin coconut milk/ 2 cawan santan cair
salts to taste/ garam secukup rasa
1 asam keping / 1 asam keping
Blended Ingredients
17 bird's chili / 17 biji cili padi
1 onion / 1 biji bawang besar
1 1/2 inch turmeric root/ 1 1/2 inch kunyit hidup

Blend all ingredients and put aside.


METHOD
Mix blended ingredients with 2 cups thin coconut milk in a  pot and bring to boil. Add in turmeric leaf , salts and asam keping, let it bubbling. Add in siput, pucuk paku and thick santan. Sim for a while and off the heat. Ready to serve./ Masukkan bahan blend dan 2 cawan santan cair ke dalam periuk. Masak hingga mendidih. Masukkan daun kunyit,garam dan asam keping. Akhir sekali masukkan pucuk paku dan siput serta santan pekat. Biarkan mendidih, angkat dan sedia dihidang.


Siput Sedut Masak Lemak Cili Padi


Siput Sedut Masak Lemak Cili Padi
RM15.90

 

Bahan-bahan ( 3-4 orang makan )

  • 800gm/ sekilo siput sedut (basuh & buang hujungnya)
  • 3 ulas bawang merah *
  • 2 ulas bawah putih *
  • 1 inci kunyit *
  • 5 biji cili padi (ikut suka) *
  • 1 mangkuk santan
  • 1 kiub pati ikan bilis
  • 1 keping asam gelugor
  • 1 batang serai diketuk
  • sehelai daun kunyit (hiris nipis)
  • garam secukupnya

Cara-cara

  1. Masukkan siput yang sudah dibersihkan & dibuang hujungnya ke dlm periuk dan tuangkan santan.
  2. Tumbuk lumat bahan2 yang ditanda * dan masukkan ke dlm periuk tadi.
  3. Masukkan juga kiub ikan bilis & serai. Kemudian masak dengan menggunakan api sederhana supaya santan tidak pecah minyak.
  4. Sentiasa kacau perlahan supaya santan tidak berketul. Setelah hampir 5 minit masukkan asam keping & perasakan kuah garam secukupnya.
  5. Masak lagi selama 2 minit kemudian tutup api & taburkan daun kunyit. Sedia utk dihidang..
  6. Nota: boleh gantikan kunyit dengan cekur/cengkur.. begitu juga dgn daunnya..